Wednesday, August 04, 2004

Peace be upon you.

Sorry this entry's in malay, peepz.

Just a sajak i got in my Sastera worksheet.

Enjoy and learn.

Rumah.
Isa Kamari

Manusia yang bebas
Tidak akan mudah rasa bosan
Terhadap asuhan dan tuntutan
Kerana dibalik kemantapan peribadi
akan lahir kemerdekaan abadi

Juga yang dinamakan kebebasan
Bukanlah kelepasan tanpa tujuan
Seperti anak-anak kota
Lepas dari rumah atau kerja
Mundar-mandir
Di pusat membeli-belah
Mencari keriangan
Pada yang baru
Dan sementara
Bukanlah hidup ini
Tidak membutuhkan
Kepelbagaian
Juga bukanlah jiwa ini
Tidak mendambakan
Keseronokan

Hanya kita yang mengaku bebas
terlalu mudah terpenjara
Dalam keremehan yang sia-sia
Yang kita hidupkan
Di tengah kota
Tanpa sering menyedari
Bahawa diri kita ini
Tidak pernah pulang
ke pintu hati
Biarpun kita ini
Telah sering menjejaki
halaman rumah.

*Blown away*

Love,
Bukalah matamu, wahai Bangsa Melayu.